Sunday, May 4, 2014

BUKAKAN PINTU HATIKU

Disini bermula balik selepas berbelas2 thn aku tidak berjumpamu wahai rakan baikku semasa di kolej dulu...kau memang baik.ada.anak 1...duda...seorang pensyarah yang tegas...ambil berat segala masalah aku...aku cuba untuk menyayangimu...tapi kadang2 aku rasa macam duduk sorang2...seolah2 dalam dunia sendiri..kau sibuk dengan kerjaya...anak....tapi aku faham...itu tanggjawabmu sbg pendidik dan sebagai seorang ayah...aku menjauhkan diri dari mu..sebab kamu memberi peluang untk aku menerima org lain..itu namanya kamu tidak serius dalam perhubungan kita


Saat pertama...selepas aku keluar dari hospital...di hospital aku mengenalimu...whai doktor..tapi hatiku terdetik..sepadankah kami berdua...ada perasaan halus yg menusuk hatiku..disaat aku sakit..tapi cepat2 kularikan...kerana aku tak nak pisang berbuah utk 2 kali...kau memandangku dan kesianku sebagai seorang pesakit...jarak umur kita yg jauh..membuatkan aku menjarakkan diri...kau cuba untuk mengetuk pintu hatiku semula..tapi sayang kau penuh keegoan...panas baran mu membuatkan aku tak teringin bersamu...disaat itu aku cuba menjauhkan diri darimu..aku bukan nak yg terlalu sempurna cukup ler memahami aku..


Disaat itu juga...aku sendirian..dan aku mengenali seseorang yang baik...memahamiku...tapi aku masih dalam mengenali hatimu..mungkin juga aku dah serik dengan perkahwinanku...kau seorang pandai mengambil hati,bijak dalam segala hal...,seorang yang beragama....kau terlalu sempurna bagi aku...mungkin ini ciri-cirinya..seorang guru yang tegas..tapi sweet..dalam perhubungan....berilah peluang untuk aku mengenalimu lagi...kamu mengiakannya...tapi kau berkata..itu lah aku....kerana dia lihat dalam mataku yang aku susah hendak membukakan pintu hatiku ini...benarkah??Dalam tu juga aku cuba untuk mengenali rakan sekolahku...yg berbelas2 thn tidak berjumpa...aku cuba untuk berkawan dengannya...tapi sayang seolah2 dia menjauhkan diri dariku mungkin sebab faktor perkahwinannya yg kcundang macam aku...tapi tak per..aku benar2 tak kisah kerana...mungkin ada sebab tertentu dia sebegitu..


Tertanya2 aku adakah aku payah untk membukakan pintu hatiku balek..atau pon diorang yang bersalah...atau aku yang bersalah....hatiku tidak boleh dipaksa....mungkin aku takut kecundang lagi..kecundang dalam perkahwinan memang perit rasanya..berjuang untuk mempertahankan segala2nya...agak payah...Allah jua yg mengetahui...cuma aku minta 1 sahaja...BUKA KAN PINTU HATIKU YA ALLAH...DALAM MENERIMA CINTA YANG IKHLAS....aminn..




Friday, March 14, 2014

SEDIHNYA HATI INI

Macam mana rasanya ahli keluarga MH370 yang sedih,pilu....macam tu juga rasa dalam hatiku ni...adakah selama ni aku selalu memendam perasaan...aku marah aku marah bertempat...dah banyak Allah uji aku macam2...tak terkira nak menanggung....tapi aku cuba untuk tabah menghadapinya...kadang2 dalam hati aku menangis...tiada tempat untuk aku luahkan kepada sesiapa...hanya Allah sahaja tempat aku nak meluahkan isi hati ni...blog bukan tempat untuk meluahkan perasaan....apa yang aku rasa dan lalui hanya diri sendiri je merasainya.....andai takdir menentukan segala2nya aku redha...banyak untuk aku cuba perbaikinya...Aku manusia yang lemah...lemah dalam ujianmu YA Allah....ujian demi ujian yang KAMU berikan aku terima dengan redha....andai Allah menjemput aku hanya setika dimuka bumi ni aku redha...setakat ni sahaja hayatku..aku pernah rasa berputus asa dalam hidup...tapi kali aku rasa im give up..give up...mana semangat yang aku kumpulkan dulu..............semangat untuk meneruskan sisa2 hidup...tengok anak berjaya sampai ke manara gading..sampai ler jinjang pelamin......mana semangat tu semua..YA Allah berikan aku semangat dalam ujianMU...mungkin aku ada melakukan kesilapan...kesilapan yang aku tak nampak......hanya satu kupohon berilah aku kebahagiaan.....kerana kebahagiaan itu dah lama hilang dalam diriku...permudahkanlah YA Allah...

Monday, March 3, 2014

I'M HAPPY TODAY

Alhamdulillah...berkat aku sabar,solat n sentiasa berzikir...Allah telah mempermudahkan jalanku...satu perkara yg aku tak jangka hari ni...appoiment aku di hospital tadi...membuatkan aku berdebar2...bukan selama ni aku tak pergi ke hospital..tapi dah banyak kali...seperti biasa aku ambil darah dipanggil INR...aku ada appoiment MOPD..jumpa doktor pakar....sepatutnya INR aku hari jumaat ni...tapi doktor percepatkan...so aku kene buat 2 appoiment ler hari ni...tapi yerlah hospital kerajaan ni..yang tak dayanya kene menunggu lama...tnggu nama lama..tnggu nombor lama..ambil darah lama...per2 semua lama..nama pon kerajaan bukan swasta..so bayar rm5 jer...bila doktor mengatakan result darah yg aku ambil bln 11 tu..semua negatif...aku mengucapkan syukur,darah aku normal..cuma tak ler statik dlm lingkungan 2.0...tapi alhamdulillah ok..darah pon tak naik,kolestrol,kncing manis semua ok...yang beshnya...aku tak payah makan ubat walfarin lagi...sehingga appoiment aku dengan doktor pakar bln 6..so dalam msa 4 bln ni...aku kene jaga kesihatan..jgan travel lama2 dalam airplane...buat senaman ringkas..jaga emosi..Ya Allah terma kasi kepadaMU kerana mempermudahkan jalanku....amin...

Sunday, February 9, 2014

MAJLIS BERTUNANG ADIKKU

Alhamdulillah...hari ni ler aku baru berkesempatan nak update blog tentang majlis bertunang adikku...serba sedikit aku nak menceritakan perjalanan kami ke terengganu...majlis bertunang berlangsung pada 1/2/2014...sabtu malam....kami dari Kuantan bertolak ke terengganu pada hari jumaat...Aku dan adikku termasuk akim,along Firdaus,along Aliff n adik Etty menginap di homestay...manakala mak ayah..kak ina n abg rimau tido di umah tokcik...Malam tu bertolak le kami ke umah tunang deli...yang aku tengok muka deli pucat lesi..almaklumlah...nak bertunang....tapi nasib baik ler ada ayahngah disaat2 akhir..sbg jurucakap nya...aku pon berdebar2 macam aku pulak nak bertunang..hehehe...bole aku katakan org Terengganu ni cukup simple...family mas x meletakkan bape pon utk hantaran...maksudnya..brapa jer deli bole bagi...malam tu aku mmg tak nafikan..mas..atau masyitah..tunang deli memang cantik..walaupon nampak besar sket dgn berbaju kurung..pe2 dik u sweet,..hehe..pujian ikhlas tu....kami bagi 5 hantaran..termasuk telekung,bunga rampai,tepak sireh,shawal bersama2 coklat dan cincin...mas pon 5 hantaran juga...baju melayu,samping,buah2an,kek,sireh,1 lg aku lupa...per2 pon memang cantik hantaran mas buat untuk deli...aku suka simple n sweet...aku buat biasa2 jer simple juga...almaklumlah...first time wat hantaran...bukannya pandai mana pon...at least aku try..kata sepakat dah dibuat..bulan 9 majlis perkahwinan ini akan berlangsung...mudah2an semua berjalan dengan lancar...semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada aku dan makku untuk menjalankan majlis kahwin nanti..

Friday, January 24, 2014

CUACA SEJUK

Memang terasa sejuknya Kuantan sekarang...angin terasa dingin...macam dok kat cameron Higlands jer...aku suka cuaca sejuk2 ni tak de le terlalu panas sangat...tapi bila dah sejuk2 ni..badan pon jadi tak sehat...alahai paru2 ni...macam2 aku tengok di fb tentang fenomena turunnya salji di Indonesia dan Vietnam...adakah itu hanya khabar angin sahaja???Tapi tak de yang mustahil..Mesir pon turunnya salji...semua tu kuasa Allah Taala belaka... Khabarnya cuaca sejuk ni akan berlaku sampai minggu depan..ini disebabkan tempias cuaca sejuk melampau di negara hemisfera utara yang dibawa angin monsun timur laut...di Kuala Krai kelantan pon catat suhu rendah 19.9 darjah celcius...di Cameron Higlands 12.5 darjah celcius..fuyooo sejuk tu..so sapa2 yang berpenyakit macam aku ni..berjaga2 ler..jaga kesihatan masing2...pakai sweater..stoking..jangan mandi malam...kalau tak mandi air panas.. Macam2 penyakit bole berlaku pada musim sejuk ni..terutama bagi yang menhidap asma..kaki mudah krem...batuk2..selsema atau ada yang demam...so jaga ler kesihatan anda masing2...mana tau negara khatulistiwa macam Malaysia ni bole berlakunya sajli...kuasa allah Taala kan....

Saturday, January 18, 2014

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com

Salam sejahtera.. Sempena dengan tahun baru 2014 ini, dengan rasminya hari ini saya ingin melancarkan giveaway yang pertama iaitu Handphone Giveaway by Syuhada1981.com yang akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 1hb Januari - 31hb Januari 2014. Senarai Hadiah Top Referral Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu) + RM 50.00 x 4 pemenang
Random Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang

Friday, January 17, 2014

PAGI YG INDAH

Alhamdulillah...bernafas lagi aku dibumi Allah pagi ni...ishk2...terasa gila pen pulak..dah semalam menulis blog..hari ni aku terasa nak update lagi...pagi tadi adik aku kejutkan aku...terlajak plak tido..almaklumlah semalam tido lambat...mak kata adik sakit leher..so pagi2 ni aku alih tugas mak...basuh pinggan..kemas dapur..jemur kain..wat berakfast...nyum2..wat meehun goreng..tapi dah abis tak sempat plak nak upload...laku juga aku masak...so per menu aku tenghari ni tak tahu lagi...ingat nak wat ayam kicap lada hitam..akim suka makan..so tunguuuuuuuu menu ku...si boy aku ni..sebuk jer dengan tab dia..mentang2 tak sekolah..per2 pon aku ceria dipagi hari ni..ok..chow dulu...nanti update lagi..

SUKA DUKA AKU SEPANJANG 1 1/2 THN NI..

Rasanya ada dalam 1 1/2thn aku tak update per2 pon dalam blog kesayangan aku ni...susah aku nak bercerita dalam 1 1/2 ni macam2 berlaku dalam hidup aku...rasanya sungguh pahit...hanya Allah jer tahu...betapa peritnya aku...wat pengetahuan semua...aku sekarang ni telah mendapat status yang baru..semua org tak nak bercerai..begitu juga aku..aku sah bercerai pada 6/11/2012...lagi beberapa lagi masa tu akan tiba hari anniversary aku yg ke 7 pd 19/11...rasanya tak payah ler aku bercerita dengan panjang lagi sebab apa dan apa..aku bercerai..cukup ler tiada jodoh antara kami....walaupun pahit untuk ku telan segala duka ini...aku cuba untuk melaluinya kerana zuriatku...sedihnya toksah cakaple...lama juga aku merana... Selepas tu...membina kekuatan aku..pendam segala duka..ku simpan dalam hati..walaupun jauh disudut hati aku tak sanggup memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal..tapi aku cuba..dalam bln 12..thn yg sama aku dan family mengubat hati aku dengan bercuti di Cameron Highlands..disitu aku menguatkan segala semangatku...mnghirup udara yang segar....mencari apa salah aku..diceraikan..dalam keadaan aku sebegitu daif...dalam kesejukan angin malam di Cameron aku mengimbas kenangan lama..memori2 indah..aku nekad dlm hati baleknya dr cameron aku nak melupakan segala2nya...jadi di cameron aku banyak mengingati segala kenangan manis kami...saat itu air mata aku mengalir laju...7thn aku mempertahankan rumah tangga aku..bekecai camtu saja.. Bermulanya tahun 2013..aku nekad nak melupakan segala2nya..aku buang segala kenangan lama kami..aku simpan baju dia yg ada dalam almari masukkan ke kotak..aku simpan gambar2 perkahwinan kami..tapi 1 pon aku tak buang..kerana semua tu bole jadi kenangan untuk akim bila dia besar nanti..aku ubah bilik tido kami..aku susun perabot..aku mohon bekerja...dan alhamdulillah...aku diterima bekerja di syarikat elektrik milik kawan ayah aku yang berbangsa cina...bermula lah aku sebagai pekerja...status aku sbg ibu tnggal aku sembunyikan dari rakan2 sekerja...hanya orang tertentu jer tahu..aku suka dengan kerja aku pada masa tu..walupon aku letih menhadap pc sentisa...tapi bermulanya lagi detik hitam dalm hidupku...dalam bulan puasa..bermulanya puasa..aku dah rasa tak larat..berat dada ni...bila aku berjalan cepat mengah dan dada ku berat ku rasa..YA Allah pada masa tu aku terfikir apa lagi yang allah nak uji aku.. Mendengar bebelan mak aku..membuatkan aku nekad ke klinik untuk mengetahui apa sakitku sebenarnya...doktor tak dapat nak detect apa penyakit aku sebenarnya...doktor klinik wat surat supaya aku rujuk ke hospital...aku gi ke hospital dgn berat hati..aku ditahan di wad sakit puan...sebab masa tu doktor2 di hospital mengatakan aku kekurangan darah anemia..2 hari juga aku ditahan diwad..tapi pada masa tu aku rasa tak berdaya lagi..darah asyik masuk je..dlm berapa pain aku pon dah lupa..selepas aku discharge...aku cuba berubat tradisional...tapi 1 hari jer aku balek ke rumah..aku pengsan dengan teruk sekali..sampai terberak2 dan terkencing masa pengsan..mulut aku ternganga seolah2 kekurangan udara..aku ditahan wad semula..dan satu dugaan berat lagi untuk aku lalui bila doktor sahkan aku menhidap.. critical pulmonary embolism..(darah beku dalam paru2)...Ya Allah masa tu aku merasakan aku tak hidup lama lagi..aku bergantung pada ubat walfarin(cair darah)...berapa lama aku pon tak tahu..mungkin 2 atau 3thn atau seumur hidup..keputusan bape lama aku akan makan ubat..dalam bln 3 ni....tmujanji aku dengan doktor pakar.. Tapi sekarang aku redha apa yg berlaku dalam hidup aku...ni semua qadaq & qadar Allah...disetiap per yang Allah uji tu ada hikmahnya...mungkin ada hikmah disebalik ini semua..tapi disaat2 aku melalui ini semua..ada 2 org insan bernama lelaki yg hadir dalam hidup aku..yang mewarnakan hidup aku..memberi kata2 semangat..tapi sayang hati aku tak terbuka lagi untuk menerima salah seorang dari meraka dari hidup aku...lelaki pertama adalah kawan baik aku kenal semasa study di ikip lagi..dia duda anak 1..yg kedua aku kenal semasa di hospital..sapa mereka..apa kerja meraka terpaksa ler aku rahsiakan. Cukup ler Allah memberikan kesihatan yang baik buatku..cukup ler..jodoh aku serahkan pada Allah taala..aku nak kawin seumur hidup bukan sekerat jalan..biarlah orgnya dapat membimbing aku,menerima anak aku seadanya,juju, bertangjawaab dan mempunyai kerjaya yag tetap...sekarang aku bahagia..disamping akim dan keluarga aku...meraka banyak memberi semangat kepadaku..akim segala2nya utk aku...YA ALLAH berilah kesihatan yg baik kepadaku..diatas adalah gambar terbaruku..letih dah aku menaip..ok le..nanti aku continue cite yang lain pulak..babai..