Friday, January 24, 2014
CUACA SEJUK
Memang terasa sejuknya Kuantan sekarang...angin terasa dingin...macam dok kat cameron Higlands jer...aku suka cuaca sejuk2 ni tak de le terlalu panas sangat...tapi bila dah sejuk2 ni..badan pon jadi tak sehat...alahai paru2 ni...macam2 aku tengok di fb tentang fenomena turunnya salji di Indonesia dan Vietnam...adakah itu hanya khabar angin sahaja???Tapi tak de yang mustahil..Mesir pon turunnya salji...semua tu kuasa Allah Taala belaka...
Khabarnya cuaca sejuk ni akan berlaku sampai minggu depan..ini disebabkan tempias cuaca sejuk melampau di negara hemisfera utara yang dibawa angin monsun timur laut...di Kuala Krai kelantan pon catat suhu rendah 19.9 darjah celcius...di Cameron Higlands 12.5 darjah celcius..fuyooo sejuk tu..so sapa2 yang berpenyakit macam aku ni..berjaga2 ler..jaga kesihatan masing2...pakai sweater..stoking..jangan mandi malam...kalau tak mandi air panas..
Macam2 penyakit bole berlaku pada musim sejuk ni..terutama bagi yang menhidap asma..kaki mudah krem...batuk2..selsema atau ada yang demam...so jaga ler kesihatan anda masing2...mana tau negara khatulistiwa macam Malaysia ni bole berlakunya sajli...kuasa allah Taala kan....
Saturday, January 18, 2014
Handphone Giveaway by Syuhada1981.com
Salam sejahtera..
Sempena dengan tahun baru 2014 ini, dengan rasminya hari ini saya ingin melancarkan giveaway yang pertama iaitu Handphone Giveaway by Syuhada1981.com yang akan berlangsung selama sebulan iaitu dari 1hb Januari - 31hb Januari 2014.
Senarai Hadiah
Top Referral
Louis Vuitton atau Gucci Handphone (bernilai RM450.00 setiap satu) + RM 50.00 x 4 pemenang
Random
Solat Perfume (RM50.00 setiap satu) x 6 pemenang
Friday, January 17, 2014
PAGI YG INDAH
Alhamdulillah...bernafas lagi aku dibumi Allah pagi ni...ishk2...terasa gila pen pulak..dah semalam menulis blog..hari ni aku terasa nak update lagi...pagi tadi adik aku kejutkan aku...terlajak plak tido..almaklumlah semalam tido lambat...mak kata adik sakit leher..so pagi2 ni aku alih tugas mak...basuh pinggan..kemas dapur..jemur kain..wat berakfast...nyum2..wat meehun goreng..tapi dah abis tak sempat plak nak upload...laku juga aku masak...so per menu aku tenghari ni tak tahu lagi...ingat nak wat ayam kicap lada hitam..akim suka makan..so tunguuuuuuuu menu ku...si boy aku ni..sebuk jer dengan tab dia..mentang2 tak sekolah..per2 pon aku ceria dipagi hari ni..ok..chow dulu...nanti update lagi..
SUKA DUKA AKU SEPANJANG 1 1/2 THN NI..
Rasanya ada dalam 1 1/2thn aku tak update per2 pon dalam blog kesayangan aku ni...susah aku nak bercerita dalam 1 1/2 ni macam2 berlaku dalam hidup aku...rasanya sungguh pahit...hanya Allah jer tahu...betapa peritnya aku...wat pengetahuan semua...aku sekarang ni telah mendapat status yang baru..semua org tak nak bercerai..begitu juga aku..aku sah bercerai pada 6/11/2012...lagi beberapa lagi masa tu akan tiba hari anniversary aku yg ke 7 pd 19/11...rasanya tak payah ler aku bercerita dengan panjang lagi sebab apa dan apa..aku bercerai..cukup ler tiada jodoh antara kami....walaupun pahit untuk ku telan segala duka ini...aku cuba untuk melaluinya kerana zuriatku...sedihnya toksah cakaple...lama juga aku merana...
Selepas tu...membina kekuatan aku..pendam segala duka..ku simpan dalam hati..walaupun jauh disudut hati aku tak sanggup memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal..tapi aku cuba..dalam bln 12..thn yg sama aku dan family mengubat hati aku dengan bercuti di Cameron Highlands..disitu aku menguatkan segala semangatku...mnghirup udara yang segar....mencari apa salah aku..diceraikan..dalam keadaan aku sebegitu daif...dalam kesejukan angin malam di Cameron aku mengimbas kenangan lama..memori2 indah..aku nekad dlm hati baleknya dr cameron aku nak melupakan segala2nya...jadi di cameron aku banyak mengingati segala kenangan manis kami...saat itu air mata aku mengalir laju...7thn aku mempertahankan rumah tangga aku..bekecai camtu saja..
Bermulanya tahun 2013..aku nekad nak melupakan segala2nya..aku buang segala kenangan lama kami..aku simpan baju dia yg ada dalam almari masukkan ke kotak..aku simpan gambar2 perkahwinan kami..tapi 1 pon aku tak buang..kerana semua tu bole jadi kenangan untuk akim bila dia besar nanti..aku ubah bilik tido kami..aku susun perabot..aku mohon bekerja...dan alhamdulillah...aku diterima bekerja di syarikat elektrik milik kawan ayah aku yang berbangsa cina...bermula lah aku sebagai pekerja...status aku sbg ibu tnggal aku sembunyikan dari rakan2 sekerja...hanya orang tertentu jer tahu..aku suka dengan kerja aku pada masa tu..walupon aku letih menhadap pc sentisa...tapi bermulanya lagi detik hitam dalm hidupku...dalam bulan puasa..bermulanya puasa..aku dah rasa tak larat..berat dada ni...bila aku berjalan cepat mengah dan dada ku berat ku rasa..YA Allah pada masa tu aku terfikir apa lagi yang allah nak uji aku..
Mendengar bebelan mak aku..membuatkan aku nekad ke klinik untuk mengetahui apa sakitku sebenarnya...doktor tak dapat nak detect apa penyakit aku sebenarnya...doktor klinik wat surat supaya aku rujuk ke hospital...aku gi ke hospital dgn berat hati..aku ditahan di wad sakit puan...sebab masa tu doktor2 di hospital mengatakan aku kekurangan darah anemia..2 hari juga aku ditahan diwad..tapi pada masa tu aku rasa tak berdaya lagi..darah asyik masuk je..dlm berapa pain aku pon dah lupa..selepas aku discharge...aku cuba berubat tradisional...tapi 1 hari jer aku balek ke rumah..aku pengsan dengan teruk sekali..sampai terberak2 dan terkencing masa pengsan..mulut aku ternganga seolah2 kekurangan udara..aku ditahan wad semula..dan satu dugaan berat lagi untuk aku lalui bila doktor sahkan aku menhidap.. critical pulmonary embolism..(darah beku dalam paru2)...Ya Allah masa tu aku merasakan aku tak hidup lama lagi..aku bergantung pada ubat walfarin(cair darah)...berapa lama aku pon tak tahu..mungkin 2 atau 3thn atau seumur hidup..keputusan bape lama aku akan makan ubat..dalam bln 3 ni....tmujanji aku dengan doktor pakar..
Tapi sekarang aku redha apa yg berlaku dalam hidup aku...ni semua qadaq & qadar Allah...disetiap per yang Allah uji tu ada hikmahnya...mungkin ada hikmah disebalik ini semua..tapi disaat2 aku melalui ini semua..ada 2 org insan bernama lelaki yg hadir dalam hidup aku..yang mewarnakan hidup aku..memberi kata2 semangat..tapi sayang hati aku tak terbuka lagi untuk menerima salah seorang dari meraka dari hidup aku...lelaki pertama adalah kawan baik aku kenal semasa study di ikip lagi..dia duda anak 1..yg kedua aku kenal semasa di hospital..sapa mereka..apa kerja meraka terpaksa ler aku rahsiakan.
Cukup ler Allah memberikan kesihatan yang baik buatku..cukup ler..jodoh aku serahkan pada Allah taala..aku nak kawin seumur hidup bukan sekerat jalan..biarlah orgnya dapat membimbing aku,menerima anak aku seadanya,juju, bertangjawaab dan mempunyai kerjaya yag tetap...sekarang aku bahagia..disamping akim dan keluarga aku...meraka banyak memberi semangat kepadaku..akim segala2nya utk aku...YA ALLAH berilah kesihatan yg baik kepadaku..diatas adalah gambar terbaruku..letih dah aku menaip..ok le..nanti aku continue cite yang lain pulak..babai..
Subscribe to:
Posts (Atom)