Monday, January 2, 2012

BUAH ZURIAT & SERBUK DEBUNGA KURMA



Buah zuriat n serbuk debunga kurma ni mak ayh aku bawa balek dr mekah..tujuannya untummendapatkan zuriat...aku berikhtiar utk anak kedua..dgn usia aku dan somi thn 2012 ni 32 thn dah...sapa tak nak anak Allah je yg mengetahuai...

cara2 mkn nya camni:


Cara Makan Buah Zuriat
Ada beberapa cara yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencuba iaitu :-


Cara Pertama

Beberapa rakan arab memberitahu caranya dengan menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar buah zuriat ( tak perlu di belah ) dan kita ibaratkan seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.


Cara Kedua

Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Buah di belah kepada dua, dan di ingatkan buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Dan di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

(Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja,malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya)

Antara Surah yang boleh di amalkan semasa meminumnya ialah Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W


yg kdua serbuk debunga kurma:Cara Minum Serbuk Bunga Kurma
Diterangkan bahawa pengambilan serbuk bunga kurma ini seeloknya diminum dengan susu suam,di campur sedikit kedalamnya serbuk bunga kurma diminum pagi dan sebelum tidur.


Juga diminum suami isteri sebelum "bersama".


Yakin dan anggaplah ini sebagai salah satu usaha untuk memperolehi zuriat yang semua inginkan. Di samping kita sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T




Aku n somi cuma berikhtiar..Allah yg menentukan segala2nya..mudah2an..

kerdit to:http://rumpunyakasihharmoninyasayang.blogspot.com/2010/05/produk-nur-ainun.html

kerana memberi info yg berguna..