Selamat hari raya haji aku ucapkan wat semua warga blogger2 sekalian...terasa sayu juga hati ini...kerana tahun ni parent aku menunaikan haji ke Mekah..
Aku cuma beraya bersama-sama suami,anak n adik-beradikku...tapi aku cukup bersyukur kerana Allah memberi aku peluang untuk beraya bersama ahli keluarga ku...diberi peluang utk bernafas setiap tahun...
Raya haji mempunyai banyak makna yg tersirat,pengorbanan,dan kesucian hati dlm melancarkan jihad sebagai umat islam...di saat2 ini juga aku dapat bayangkan suasana parent aku wukuf di Arafah...alangkah bahagianya mereka jejak ke bumi Mekah..subhanaAllah....Maha suci Allah.....
Semoga pengorbananku kepada setiap orang yg aku sayang,akan dibalas dengan keikhlasan dan kasih sayang dari mereka...ameen...